Ustaz Rasul Dahri - Syarhus Sunnah ( siri 6 )
"Syarhus Sunnah - Imam Al-Barbahari" - Siri 6 - No. 29 - 34 Penceramah : Ustaz Rasul bin Dahri Tarikh : 15 April 2013 (Isnin) Tempat : MEDIU, Tingkat 8, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam. 29. Wajib mendengar dan mentaati para pemimpin dalam perkara yang dicintai dan diredhai Allah dan orang yang memegang tampuk khilafah yang diangkat berdasarkan kesepakatan dan kerelaan seluruh umat, maka ia termasuk Amirul Mukminin. 30. Seseorang tidak boleh bermalam sementara ia tidak merasa memiliki imam, baik seorang imam yang adil ataupun zalim. 31. Haji dan berjihad bersama imam terus berlanjut dan boleh solat jemaah di belakang mereka dan setelah itu melakukan solat enam rakaat dengan cara salam setiap 2 rakaat sebagaimana pendapat Imam Ahmad bin Hambal 32. Manusia yang paling berhak memegang khilafah adalah keturunan Quraisy sampai Isa bin Maryam turun. 33. Sesiapa keluar dari imam yang muslim, maka ia termasuk kelompok Khawarij dan telah mematahkan tongkat kepimpinan kaum Muslimin serta menentang atsar. Apabila meninggal, maka ia mati dalam keadaan jahiliyah. 34. Tidak boleh mengangkat pedang memerangi pemimpin dan keluar dari mereka meskipun mereka sosok pemimpin yang jahat. Sebagaimana yang dikatakan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam kepada Abu Dzar Al-Ghifari radhiyallahu 'anhu : اصبر وإن كان عبدا حبشيّا "Bersabarlah meskipun (pemimpin itu) seorang hamba Habsyi". Dan sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam kepada kaum Anshar : اصبروا حتّى تلقوني على الحوض "Bersabarlah hingga kalian menemui aku di Haudh (telaga)". Memerangi pemimpin itu tidak termasuk perbuatan sunnah, sebab yang demikian itu akan menimbulkan kerosakan dalam agama dan kehidupan dunia. Video Penuh : http://www.youtube.com/watch?v=XiK5SgclHSM Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom - Klik "Syndication" di sebelah kiri - Klik "Grant Permissions" - Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add" * selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah... www.ilmusalaf.com www.facebook.com/ilmusalafdotcom www.facebook.com/groups/501756696521984/ www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom www.twitter.com/ilmusalafdotcom
Seterusnya / Berkaitan
Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya - Takrif Adab & Akhlak
21 Feb 2014
Kesesatan Vegan | Dr Idris Sulaiman
08 Feb 2026
Ustaz Rasul Dahri - Jihad Lahad Datu : Syahid Dunia Dan Akhirat
16 Mar 2013
Baca Surah Al-Mulk Secara Berjemaah ⎼ DIS
17 Nov 2025
Madinah Ialah Pusat Ilmu | Dr Idris Sulaiman
26 Sep 2025