▶ Video Kuliah

Ustaz Idris Sulaiman - Umdatul Ahkam ( siri 25 )

📅 Dimuat naik: 20 Sep 2013

"Umdatul Ahkam" - Siri 25 - Bab Waktu Solat - Hadis No. 53-56 Penceramah : Ustaz Idris bin Sulaiman 17 SEPTEMBER 2013 - SELASA - Selepas Isyak AL-MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU) Tingkat 8, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam 53. Abu Minhal Sayyar bin Salamah menuturkan bahawa dirinya dan bapanya menemui Abu Barzah al-Islami. Bapa Abu Minhal lantas berkata kepada Abu Barzah, "Ceritakanlah kepada kami tentang bagaimana Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam mengerjakan solat fardu." Abu Barzah menjawab, "Nabi mengerjakan solat al-Hajir (Zohor) yang kalian sebut sebagai solat yang pertama, ketika matahari telah tergelincir. Baginda solat Asar, (yang waktunya) jika salah seorang di antara kami telah kembali ke rumahnya di hujung Madinah, (dia akan mendapati) matahari masih dalam keadaan terang (bewarna putih). Aku lupa dengan perkataan Nabi berkenaan solat Maghrib. Nabi gemar melewatkan solat Isyak yang kalian sebut sebagai solat al-'Atamah. Baginda tidak suka tidur sebelum solat Isyak atau bersembang-sembang sesudahnya. Baginda selesai solat Subuh ketika seseorang sudah bisa mengenali teman sebelahnya. Baginda membaca enam puluh hingga seratus ayat dalam solat Subuh tersebut". [HR. Bukhari dalam Mawaaqit as-Solat (547)] 54. Ali radhiyallahu 'anhu menuturkan bahawa sesungguhnya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pada saat perang Khandak bersabda, "Semoga Allah memenuhi kubur-kubur dan rumah-rumah mereka (orang-orang Musyrik) dengan api kerana mereka telah menyibukkan kita sehingga kita belum solat wustha (Asar) hingga matahari terbenam". Dalam lafaz Imam Muslim dikatakan, "Mereka menyibukkan kita sehingga kita terlepas solat wustha, iaitu solat Asar. Nabi lantas mengerjakan solat Asar di waktu antara Maghrib dan Isyak". [HR Bukhari dalam ad-Da'awaat (2931), Muslim dalam al-Masajid (627)] 55. Imam Muslim meriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud. Dia menuturkan bahawa orang-orang Musyrikin menghalang Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam mengerjakan solat Asar sehingga matahari menjadi kemerah-merehan atau kekuning-kuningan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam lantas bersabda, "Orang-orang Musyrik telah menyibukkan kita daripada solat wustha, iaitu solat Asar. Semoga Allah memenuhi perut-perut dan kubur-kubur mereka dengan api." atau baginda bersabda, "Semoga Allah memenuhi perut-perut dan kubur-kubur mereka dengan api." [HR Muslim dalam al-Masajid (628)] 56. Abdullah bin Abbas radhiyallahu 'anhuma menuturkan bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam melewatkan solat Isyak. Nabi setelah itu keluar dengan kepalanya menitiskan air dan bersabda, "Kalau ia tidak akan membebankan umatku -atau manusia- maka aku akan memerintahkan mereka mengerjakan solat (Isyak) pada waktu ini" [HR. Bukhari dalam at-Tamanni (7239)] Video Penuh : http://www.youtube.com/watch?v=jos_5QW5z1Y SEGMEN PILIHAN - Mengetahui Masuk Waktu Solat : https://www.youtube.com/watch?v=0hhUh1y6Ljc - Waktu Berakhir Solat Fardu : https://www.youtube.com/watch?v=zPG72L3vQn8 - Rasulullah Suka Melewatkan Solat Isyak : https://www.youtube.com/watch?v=bBpETPB0qss - Tidur Sebelum Isyak & Berbual Selepas Isyak : https://www.youtube.com/watch?v=dl_rLZCtG1k - Solat Khauf Ketika Berperang : https://www.youtube.com/watch?v=wAXRvtF64qM - Qadha' Solat : Terlupa atau Tertidur : https://www.youtube.com/watch?v=Fy2_OmK3Bhw - Qadha' Solat Sunat : https://www.youtube.com/watch?v=K8VNtzPYE6U - Sudah Solat, Pergi ke Masjid Mendapati Imam Belum Solat : https://www.youtube.com/watch?v=mB5hvsExfV8 - Waktu Solat Subuh di dalam Kalendar : https://www.youtube.com/watch?v=8ImnucewewQ - Solat Jamak Ketika Bermukim : https://www.youtube.com/watch?v=qHHC0IrcpJ8 - Solat Jamak kerana Hujan Hanya di Masjid : https://www.youtube.com/watch?v=lIMeOGrp3UQ - Hukum Pelaburan Saham : https://www.youtube.com/watch?v=60aHJPeiqUs - Menggunakan Perkhidmatan Bank : https://www.youtube.com/watch?v=5kFTFbZ3H8g Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom - Klik "Syndication" di sebelah kiri - Klik "Grant Permissions" - Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add" * selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah... www.ilmusalaf.com www.facebook.com/ilmusalafdotcom www.facebook.com/groups/501756696521984/ www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom www.twitter.com/ilmusalafdotcom