🔴 Live Stream

Keluarnya Dajal | Dr. Idris bin Sulaiman

📅 Dimuat naik: 22 Dec 2023

Kuliah Pengajian Bersiri: Panduan Lengkap Akidah (Siri 64) | Dr. Idris bin Sulaiman Bab: Keluarnya Dajal 00:00 - Bismillahirrahmanirrahim 03:30 - Nabi Muhammad adalah orang yang paling banyak mengingatkan tentang Dajal 04:30 - Dajal muncul dari Khurasan, Timur Iran Utara Afghanistan dan Turkmenistan - Diikuti oleh 70000 orang Yahudi dari Isfahan (Asbahan) yang memakai jubah. Sebahagian ulama mengatakan memakai selendang. - Maksud gelaran Al-Masih pada nama Dajal berasal dari masaha iaitu memadam. Matanya dipadam yakni buta atau cacat. Ada yang mengatakan bermaksud yamsah yang bererti bergerak/menempuh di atas muka bumi dengan kecepatan luar biasa. 09:30 - Gelaran Al-Masih pada Nabi Isa membawa makna yang berbeza biarpun gelaran yang sama Ada pendapat mengatakan kerana Nabi Isa menyapu dan menyembuhkan orang yang sakit. Ada pendapat mengatakan kerana menyapu dan menghapuskan kebatilan. Tahun masihi merujuk kepada tahun kelahiran Al-Masih Isa Dajal akan muncul pada zaman Al-Mahdi iaitu sesudah pemerintahan Al-Mahdi 15:00 - Dajal akan muncul sebagai raja yang kejam. Dajal adalah manusia dan bukan lah makhluk asing bermata satu di tengah dahi sebagaimana yang sering dimomokkan Barat. Dajal memiliki dua mata dan mata sebelah kanannya buta. Dajal pada mulanya mengaku sebagai Nabi dan kemuncaknya akan mengaku sebagai Tuhan. Lebih ramai manusia yang mengikuti Dajal berbanding yang menentang. 21:10 - Masa Dajal hidup di muka bumi adalah selama 40 hari. 1 hari ibarat setahun. 1 hari ibarat sebulan. 1 hari ibarat seminggu. Bakinya seperti hari biasa yang lain. Keseluruhan jumlah hari Dajal berkuasa adalah selama 1 tahun 2 setengah bulan. 27:29 - Orang beriman akan mengelilingi Nabi Isa di Baitul Maqdis. Ulama berpandangan bahawa Yahudi tidak akan menguasai Baitul Maqdis untuk jangka masa yang lama. Kerana ada dalil mengatakan mereka datang dari Isfahan, timur Iran. Imam Mahdi bersama-sama Nabi Isa dan orang Islam yang beriman akan bersama-sama berhadapan dengan Dajal. Al-Masih Isa bin Maryam akan mengejar Dajal hingga ke gerbang Lod di Palestin dan membunuhnya dengan tombak. 33:17 - Nabi Isa berkata-kata kepada Dajal. Dajal akan mencair seperti garam di dalam air. 40:20 - Di dahi Dajal tertulis ka,fa,ro iaitu kafir. Ianya boleh dibaca semua orang beriman walaupun dia seorang buta huruf. 44:29 - Madinah menjadi pusat orang-orang beriman berkumpul 49:00 - Hadis doa berlindung dari kejahatan Dajal Selangor, Malaysia 12 Jamadilawal 1445H / 24 November 2023 ======================================= Sokong kerja dakwah kami di website www.ilmusalaf.com ======================================= #IlmuSalafDotCom #UstazIdrisSulaiman #PanduanLengkapAkidah #KeluarnyaDajal #Dajal #Dajjal #akhirzaman