▶ Video Kuliah

Ceramah Singkat: Pujian Ulama Kepada Ibnu Taimiyyah - Ustaz Idris Sulaiman

📅 Dimuat naik: 24 Aug 2016

Ceramah Singkat: Pujian Ulama Kepada Ibnu Taimiyyah - Ustaz Idris Sulaiman SYAIKHUL ISLAM IBNU TAIMIYYAH, seorang ulama & pejuang Islam yang sering menjadi tohmahan, tuduhan, fitnah dan cacian dari kalangan orang yang mempunyai hasad dengki dan membencinya. Ketokohan beliau tidak perlu dipertikaikan lagi. Beliau telah berjuang untuk Islam melalui lisan dan pedang semasa hayatnya. Dari beliau jugalah telah lahir anak-anak murid yang terkenal di serata dunia. Antaranya: 1) Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah 2) Imam Az-Zahabi 3) Imam Ibnu Katsir 4) dan ramai lagi... Para ulama telah memuji ketokohan dan sumbangan beliau kepada Islam. Pelbagai gelaran telah diberikan kepada beliau termasuklah gelaran SYAIKHUL ISLAM. Ceramah singkat ini diharapkan agar dapat memberi sedikit kesedaran kepada para pemfitnah beliau agar menghentikan tuduhan yang tidak berasas sama sekali.