▶ Video Kuliah

[BARU] Keluarnya Haiwan Melata | Dr. Idris bin Sulaiman

📅 Dimuat naik: 11 Jan 2024

Kuliah Pengajian Bersiri: Panduan Lengkap Akidah (Siri 67) | Dr. Idris bin Sulaiman Bab: Keluarnya Haiwan Melata 00:00 - Bismillahirrahmanirrahim 5:00 - Imam Ibnu Katsir berkata dalam an-Nihayah, 'Ibnu Abbas, as-Hasan dan Qatadah berkata, kalimat تُكَلِّمُهُمۡ 'mengatakan kepada mereka' bermakna berbicara dengan manusia. Tokoh tafsir yang pertama, Ibnu Jarir merajihkan makna ini, ia berkata kepada manusia, أَنَّ ٱلنَّاسَ كَانُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا لَا يُوقِنُونَ 'bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami'. Dia menyebutkannya daripada Ali bin Abu Talib dan Atha'. Kemudian Ibnu Katsir berkata, 'Ini patut dikaji'. 10:00 - Tafsiran para ulama' tentang ayat 'perkataan telah berlaku atas mereka' [Surah an-Naml ayat 82] 14:05 - Dari Huzaifah bin Asid al-Ghifari radiyallahuanhu dia berkata , اطَّلَعَ النَّبِيُّ ﷺ عَلَيْنَا وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ، فَقَالَ: مَا تَذَاكَرُوْنَ؟ قَالُوا: نَذْكُرُ السَّاعَةَ، قَالَ: إِنَّهَا لَنْ تَقُوْمَ السَّاعَةَ حَتَّى تَرَوْا قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ، فَذَكَرَ مِنْهَا: وَالدَّابَّةَ "Nabi muncul kepada kami saat kami sedang berbincang. Beliau bertanya, 'Apa yang kalian perbincangkan?' Kami menjawab, 'Hari Kiamat. Nabi bersabda, 'Sesungguhnya ia tidak akan terjadi se- belum kalian menyaksikan 10 tanda....' Dan beliau menyebutkan salah satu di antaranya adalah: (munculnya) hewan melata." 21:10 - Ustaz mengulas isu hangat di tanah air tentang individu-individu bergelar ustaz yang menggunakan kata-kata kesat, maki hamun di dalam majlis ilmu. Hinggakan pengikut-pengikut yang taasub bermatian mempertahankan istilah-istilah kata-kata kesat tersebut. Perbuatan ini cuba dinormalisasikan oleh masyarakat sebagaimana yang berlaku di negara Barat yang perkataan carutan digunakan dalam dialog seharian mereka. 31:00 - Ustaz mengulas isu semasa berkaitan istilah 'kafir' yang didakwa tidak sesuai digunakan ke atas masyarakat majmuk di negara kita. Akidah muktazilah tidak mengkafirkan orang kafir. Sedikit input tentang Muktazilah: Ketika al-Hasan al-Basri[1] ditanya mengenai kedudukan pelaku dosa besar, adakah ia jatuh kufur? Sedang beliau berfikir untuk menjawabnya, Wasil bin ‘Ata’[2] tiba-tiba menjawab dengan mengatakan pelaku dosa besar itu tidak mukmin secara mutlak, tidak juga kafir secara mutlak. Tetapi ia berada antara dua kedudukan, bukan mukmin dan bukan kafir. Lalu Wasil telah mengasingkan dirinya pada salah satu tiang masjid sambil mempertahankan pendiriannya. Al-Hasan al-Basri kemudian mengatakan Wasil telah mengasingkan diri daripada kita (اعتزل واصل عنا). Turut bersetuju dengan pendapatnya adalah ‘Amru bin ‘Ubayd. Setelah itu pengikut Wasil dan ‘Ubayd dikenali sebagai Mu’tazilah. (Lihat al-Milal wa al-Nihal, 1/42; Syarh al-Usul al-Khamsah, 138) 35:50 - Ustaz membahaskan mengapa Allah tidak memperlihatkan perkara-perkara ghaib atau perkara-perkara ajaib kepada manusia. 40:00 - Contoh kisah para anbiya' terdahulu. Kisah Nabi Saleh dan Nabi Musa. Kemuncak dalil dan kemuncak amaran daripada Allah dizahirkan kepada para umat terdahulu. 44:00 - Ramai orang-orang kafir Barat mencabar Allah malah ramai diantara mereka yang mengetahui isi kandungan Al-Quran 45:25 - Tamat Selangor, Malaysia 17 Jamadilakhir 1445H / 29 Disember 2023 ======================================= Sokong kerja dakwah kami di website www.ilmusalaf.com ======================================= #IlmuSalafDotCom #UstazIdrisSulaiman #PanduanLengkapAkidah #tandaakhirzaman #KeluarnyaDabbah #keluarnyahaiwanmelata #akhirzaman #harikiamat